aslmualaikum semua,,
arini a'a nk kongsi tentg satu crita,,,a'a harap korang bce ea cerita a'a ni,,,a'a jumpe surat nie dalam satu web,,,,sob2,,,
Surat dari anak
Mak..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari, dah hampir sepuluh bulan mak
pergi, rsanya baru semalam mak peluk kiterkn. Mak tau tak… itu lah pertama kali
mak peluk anak mak yang nakal ini sejak kiter dewasa..dan itu juga terakhir
kalinya.. ermmm…rupanya mak dah tahu mak nak pergi jauh..nak tinggalkan
anak-anak mak…nak tinggal kan dunia fana ni.. mak macam dah sedia.. seminggu
sebelum tu..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai. Akak kata sampai ke pagi
mak anyam tikar tu..tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..kakak pun rasa
hairan, mak tak pernah begitu.. pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam…kenkadang
siaran Indonesia.. mak terus tekun menganyam, rupanya tikar yang telah mak
siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan.. pastu mak sapu sampah
sekeliling rumah bersih-bersih, pastu mak jemur karpet-karpet..pastu mak
ubahkan sofa ke tempat lain. mak biarkan ruang tu kosong, rupanya kat situ
jenazah mak diletakkan. Paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit
dan barang kemas mak, ada kat dalam almari, ada kat dalam beg, ada dalam ASB,
ada kat dalam tabung haji..mak cakap tak berapa cukup lagi, ada kat dalam
gulung tikar.
Masa tu mak perasan tak…?
Kiter gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar, kiter kata
mak ini memang fesyen lama la..mak cuma gelak je. Eemmmm..bahagianya saat itu.
Mak…
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit
perut..bila malam tu kiter smpai dari KL, mak dah sakit.akak dan abang kat
kampung semua dah pujuk, mak tetap tak mahu pergi hospital dan cuma tinggal
giliran kiter sahaj yang belum pujuk. Mak kata mak tak mahu duduk dalam
hospital, tapi kiter berkeras juga pujuk. Nanti dihospital ada doctor, ada ubat
untuk mak, kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut sahaja. Mak tetap
tak bersetuju, mak memang degil, tak salah anak mak yang nip on mengikut
perangai mak itu.. Tapi akhirnya, bila melihat keadaan mak makin teruk, mak
sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit, kami adik beradik sepakat
hantar juga mak ke hospital.
Mak…
Ampunkan kami semua, kami nak mak sihat, kami sayang mak, kami tak mahu
mak sakit.. kami terpaksa juga hantara mak ke hospital..ampunkan kami ye mak..
Mak..
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itulah pertama dan terakhir
kali mak naik kereta kiter. Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta..mak asyik Tanya jer cukup ke duit?? Kiter jawab
pula, kalau tak cukup mak kn byk duit..mak gelak jer..
Lepas tu bila kereta kita sampai, mak buat kenduri kesyukuran. Dan kiter
masih ingat lagi, bila kiter eksiden terlanggar ah-chong naik mtor punya la
kiter takut, kiter warning kakak kiter jangan sesekali bagitahu kt mak.. bila
balik sahaja kampung, kiter cepat-cepat simpan ereta dalam garaj. Tapi mak
perasan juga bumper depan kemek, mak Tanya kenapa? Selamba jer kiter jawab
terlanggar pokok bunga.
Mak…
Tujuan kiter menipu supaya mak tak risau. Maafkan kiter kerana sampai
mak pergi mak tak tahu hal yang sebenar. Mak kiter menipu mak kn, ampunkan
kiter. Jam 4.30 pagi, 19/08/2006 bila tiba aja di hospital, nurse tengah balut
mak dengan kain putih. Mak mesti Nampak kiter jatuh teduduk di lantai hospital.
Mesti mak Nampak abg cium dahi mak. Mesti mak
Nampak akak baca doa untuk mak. Mesti mak Nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu. Mesti mak Nampak semua itu kan..kan..
Mak tahu tak…
Pagi tu balik dari hospital jam, 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan
separuh sedar. Adik kat sebelah diam melayan perasaan. Kenangan bersama mak
berputar dalam kepala ini. Jalan di depan terasa makin kelam. Airmata dah tak
mampu di tahan, masa itu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela.
Namun, Alhamdulillah akhirnya kiter smpai juga. Disebabkan pagi masih awal,
jadi jalan itu lenggang, kosong. Sekosong hati ini. Sepanjang perjalanan terasa
kedinginan subuh itu lain benar suasananya. Terasa syahdu dan sayu……dingin
Mak..
Kiter masih ingat lagi kiter baca al-quran kat tepi mak temankan mak.
Jam 11.00 pagi, mak d mandikan. Anak-anak mak yang dipangku masa mak mandi. Mak
mesti rasa bertapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak. Kiter gosok kaki
mak perlahan-lahan. Mak perasan tak? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.
Dia kata, “dikk..jangan buat gitu, jangan nangis ya” bila makcik tu kata gitu,
lagi laa laju air mata ini tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.
Mak..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis. Kiter naangis ni, takpa la. Nanti
kita selesai sembahyang subuh, kiter baca yassin untuk mak. Mak tunggu ya!!
Mak… mak, sebelum muka mak ditutup buat selama-lamanya..semua anak-anak mak
mengelilingi mak. Menatap wajah mak buat kali terakhir. Semua orang kata mak
seolah-olah senyum aja. Mak rasa tak, masa tu kiter sentuh dahi mak. Kiter rasa
sejuk sangat dahi mak. Kiter tak mampu nk cium mak. Kita tak daya. Kiter
tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar. Airmata kiter tak boleh
tahan. Mak mesti ingat kn yang anak mak ini jadi imam solat jenazah untuk mak.
Tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak. Jam 12 tengahari, mak
diusung keluar dari rumah. Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik. Badan
akak terasa panas. Mak, anak mak yang sorang tu demam..
Mak tahu tak,
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan. Mak, hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi. Begitu terasa
kehilangan mak. Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam
airmata. Dan sampai satu tahap, masa tu malam jumaat selepas maghrib, selepas
kiter baca yassin ngan kawan-kawan. Entah kenapa bila kat bilik kiter keluarkan
gambar-gambar mak pastu apa lagi.. semakin kita tenung terasa semakin sayu.
Tangisan tak dapat dibendung. Mak tau, kiter cuba bertahan. Memujuk diri
sendiri tapi tak juga reda. Kita rasa nak telefon mak nak cakap ngan mak. Anak
mak yang ni dah tak betulkan?? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon
kampung. Kiter cakap dengan kakak kiter nangis lagi. Puasla kakak memujuk
kiter. Akak kata, tak baik la nangis aje..doa lah untuk mak. Dan akhirnya akak
juga nangis.
Mak tahu tak.
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati, rasa nyilu
sangat. Menusuk-menusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni. Sampai
sekarang bila kerinduan itu menjelma. Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.
Mak, cukuplah smpai sini dulu.
No comments:
Post a Comment