SURAT UNTUK ABAH DAN IBU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Kepada abah yang ku kasihi dan ibu yang ku cintai,,, Apa khabar dgn keluarga di kampung? Semoga hendaknya dlm keadaan sihat & mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
Kepada abah yang ku kasihi dan ibu yang ku cintai,,, Apa khabar dgn keluarga di kampung? Semoga hendaknya dlm keadaan sihat & mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
Along pun tak berapa jelas mengapa Along nak
tulis surat ni kpd abah dan ibu. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar Along
tulis surat utk abah dan ibu. Selalunya kalau ada apa2 pun, Along selalu
telefon saja berbanding utk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah
perkara yg Along tak boleh nak cakap melalui telefon lebih suka utk
membincangkannya dlm bentuk surat.
Dipendekkan cerita, Along sebenarnya utk meminta
redha dr abah dan ibu utk bernikah. Mungkin abah dan ibu terkejut
apabila Along cakap macam nie.Along bercadang utk bernikah dlm
tempoh kurang dari satu tahun dr sekarang. Adam nak nikah nie
bukan krn nafsu semata2 tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian drpd
agama. Selain itu, dgn nikah, Along akan lebih terpelihara drpd
melakukan sebarang maksiat kpd ALLAH.
Along bukan terburu2 utk bernikah, tapi Along nak abah
dan ibu boleh faham konsep nikah yg sebenarnya di dlm Islam.
Islam menganjurkan nikah adalah utk mengurangkan berlakunya maksiat di
dlm masyarakat seperti zina.
Mengikut kajian yg dilakukan di sebuah universiti tempatan,
80% mahasiswa yg cemerlang adalah terdiri drpd mereka yg telah berkahwin. Ini
krn pasangan yg telah berkahwin merasakan mereka ada tanggungjawab yg
harus mereka pikul & akhirnya mereka bersungguh2 dlm pelajaran utk mencapai
kecemerlangan. Jadi, orang yg bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar
akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti Along, ramai pelajar yg ‘bercouple’ &
mereka boleh belajar seperti biasa. Kan elok, kalau ibu bapa mereka
membenarkan mereka bernikah & mereka pun boleh belajar seperti biasa.
Yg ini adalah yg disuruh dlm Islam. Sekarang pilihan di tangan kita,
samada nak kpd benda baik atau buruk.
Mengenai calon, Along sudah ade pilihan hati Along. Lagipun
abah dan ibu pasti mngenali siapakah gadis yang dah bertahta kt ati Along.. hal
ini kerana Along lebih suka calon tu Along yg pilih sendiri. Along nk
hidup dengan insan yang mampu menjaga Along dn menyayangi Along sebagaimana
abah dan ibu menyayangi Along.
Abah dan ibu mungkin akan bertanya bagaimana pulak Along akan
memberikan nafkah zahir & batin kpd isteri yg Along nikahi nanti.
Seperti yg Along katakan awal2 tadi, Along nak nikah bukan
krn nafsu semata2. Dlm tempoh Along belajar & perempuan tu juga
sedang menuntut di unversiti, maka Along akan pastikan yang terbaik.
Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki & perempuan
yg dulunya terbatas kini telah tiada.
♥ Kalau Along telefon
dia, Along dapat pahala,
♥ Kalau Along rindu
kat dia, Along dapat pahala,
♥ Kalau Along
bagi hadiah kat dia, Along dapat pahala,
jadi, Along nak tanya pd ayah & bonda,
adakah abah dan ibu sanggup utk mengikut Sunnah Rasul yg tercinta
iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan Along masih belajar & juga
dia masih belajar, maka Along akan berbincang dgnnya utk mempertimbangkan
perkara ini. Nafkah zahir wajib Along bagi sebagai suami walaupun
dlm jumlah sedikit.
Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju utk menerima RM50
sebulan, maka Along akan bagi dia sesuai dgn kehendaknya. Lagipun,
utk sementara waktu ini, biarlah abah dan ibunya menanggung makan, minum
& pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami.
Tapi tak salah kalau ibu bapanya sanggup utk
menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah
tangga. (minta dibezakan antara erti nikah & berumah tangga).
Macam sekarang nilah, kalau nenek bagi ibu baju sebagai
hadiah, takkan ibu tak terima & bagi alasan kewajipan beri
pakaian ini hanya terletak pada suami. Ibu akan terima juga. Betul x ibu?
Kalau nenek menjamu ibu dgn makanan, ibu jangan tak makan krn dgn alasan yg patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yg penting, isteri mesti redha dgn apa yg diberi oleh suami. Kalau abah dan ibu masih kurang jelas, bolehlah bertanya kpd ustaz mengenai masalah ini. Abah dan ibu jgn risau, sebelum Along nak nikah, Along akan jelaskan hal ini kpd bakal isteri Along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak Along tangguh dulu. Apa2pun, Along tegaskan sekali lagi, Along nikah ni bukan krn nafsu semata2, tapi adalah utk memelihara seluruh anggota zahir & batin ini dr terjebak ke perkara yang teruk.
Kalau nenek menjamu ibu dgn makanan, ibu jangan tak makan krn dgn alasan yg patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yg penting, isteri mesti redha dgn apa yg diberi oleh suami. Kalau abah dan ibu masih kurang jelas, bolehlah bertanya kpd ustaz mengenai masalah ini. Abah dan ibu jgn risau, sebelum Along nak nikah, Along akan jelaskan hal ini kpd bakal isteri Along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak Along tangguh dulu. Apa2pun, Along tegaskan sekali lagi, Along nikah ni bukan krn nafsu semata2, tapi adalah utk memelihara seluruh anggota zahir & batin ini dr terjebak ke perkara yang teruk.
Along tengok semua kawan – kawan Along nikah awal
dlm umur 22 tahun. Along cadang pun gitu juga. Banyak juga
kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu Along tua nanti, Along
tak risau sebab waktu tu anak2 dah besar & mungkin dah ada
kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada
anak2 Along nanti baru masuk darjah satu, ada yg ambik PMR atau SPM
& perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.
Mahu tak mahu, dah tua2 kena kerja juga banting tulang
nak sara anak² yg masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat
sampai, patutnya lebih banyak beribadat kpd ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak
perlu nak beribadat, ajal & maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yg muda pun
mati).
Along juga harap, anak2 Along nanti (kalau
ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih drpd datuk & neneknya
sebelum abah dan ibu meninggalkan dunia yg fana ini.
Diharap abah dan ibu tak terkejut dgn kehadiran
surat ini. Along nak abah dan ibu terima surat sebagai satu
surat biasa yg tak perlu utk dijadikan isu keluarga yg besar. Sebab bagi Along,
kalau Along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yg normal
sebab Along pun seorang lelaki yg akhirnya akan bernikah jua.
Diharap abah dan ibu dapat membaca surat dgn
ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana² pihak. Along tidak
memaksa abah dan ibu utk menyetujui 100% apa yg Along katakan
ini, tapi jika ada kebenaran dlm hakikat, apa salahnya utk kita menerimanya dgn
hati yg lapang & fikiran yg terbuka.
Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu utk minta izin
kalau nak nikah tapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua
dlm kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dgn
keredhaan abah dan ibu. Berbanding dgn perempuan, mereka harus minta izin,
sebab ayahnya harus jadi wali dlm pernikahan nanti.
Akhir kata, doakan Along di sini agar
dipermudahkan urusan di dunia & di akhirat. Kirim salam dgn semua ahli
keluarga. Along berharap selepas ibu membaca surat ini, ibu jangan fikir yang
bukan2. Along tulis surat ini kerana along benar2 ingin bernikah. Along berjanji
xkan melupakan tanggungjawab Along pada keluarga kita. along akui itu semua.
Assalamualaikum,anakmu
Along,
( Mohammad aliff)
areaiy8990
alif monteiro.... masa akan merubah segala
ReplyDeleteInsyaallah~ Amin.. ak doakan.. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete-Tahniah. Moga dimudahkan urusan. ;)
ReplyDeleteinsyaAllah moga Allah mempermudahkan segala urusan nyeer.. lau ade majlis jgnlah lupe jemput kengkawan ni hah hhhuhuhhuh
ReplyDelete