klik jer!!!

Thursday, September 15, 2011

IBU,,,,suratan takdir tanpa kite duga,,,

aslmualaikum semua,,
arini a'a nk kongsi tentg satu crita,,,a'a harap korang bce ea cerita a'a ni,,,a'a jumpe surat nie dalam satu web,,,,sob2,,,




Surat dari anak
Mak..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari, dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rsanya baru semalam mak peluk kiterkn. Mak tau tak… itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ini sejak kiter dewasa..dan itu juga terakhir kalinya.. ermmm…rupanya mak dah tahu mak nak pergi jauh..nak tinggalkan anak-anak mak…nak tinggal kan dunia fana ni.. mak macam dah sedia.. seminggu sebelum tu..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai. Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tu..tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..kakak pun rasa hairan, mak tak pernah begitu.. pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak. Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam…kenkadang siaran Indonesia.. mak terus tekun menganyam, rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan.. pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih, pastu mak jemur karpet-karpet..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain. mak biarkan ruang tu kosong, rupanya kat situ jenazah mak diletakkan. Paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak, ada kat dalam almari, ada kat dalam beg, ada dalam ASB, ada kat dalam tabung haji..mak cakap tak berapa cukup lagi, ada kat dalam gulung tikar.
Masa tu mak perasan tak…?
Kiter gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar, kiter kata mak ini memang fesyen lama la..mak cuma gelak je. Eemmmm..bahagianya saat itu. Mak…
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut..bila malam tu kiter smpai dari KL, mak dah sakit.akak dan abang kat kampung semua dah pujuk, mak tetap tak mahu pergi hospital dan cuma tinggal giliran kiter sahaj yang belum pujuk. Mak kata mak tak mahu duduk dalam hospital, tapi kiter berkeras juga pujuk. Nanti dihospital ada doctor, ada ubat untuk mak, kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut sahaja. Mak tetap tak bersetuju, mak memang degil, tak salah anak mak yang nip on mengikut perangai mak itu.. Tapi akhirnya, bila melihat keadaan mak makin teruk, mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit, kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.
Mak…
Ampunkan kami semua, kami nak mak sihat, kami sayang mak, kami tak mahu mak sakit.. kami terpaksa juga hantara mak ke hospital..ampunkan kami ye mak..
Mak..
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itulah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter. Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta..mak asyik Tanya jer cukup ke duit?? Kiter jawab pula, kalau tak cukup mak kn byk duit..mak gelak jer..
Lepas tu bila kereta kita sampai, mak buat kenduri kesyukuran. Dan kiter masih ingat lagi, bila kiter eksiden terlanggar ah-chong naik mtor punya la kiter takut, kiter warning kakak kiter jangan sesekali bagitahu kt mak.. bila balik sahaja kampung, kiter cepat-cepat simpan ereta dalam garaj. Tapi mak perasan juga bumper depan kemek, mak Tanya kenapa? Selamba jer kiter jawab terlanggar pokok bunga.
Mak…
Tujuan kiter menipu supaya mak tak risau. Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tahu hal yang sebenar. Mak kiter menipu mak kn, ampunkan kiter. Jam 4.30 pagi, 19/08/2006 bila tiba aja di hospital, nurse tengah balut mak dengan kain putih. Mak mesti Nampak kiter jatuh teduduk di lantai hospital. Mesti mak Nampak abg cium dahi mak. Mesti mak  Nampak akak baca doa untuk mak. Mesti mak Nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu. Mesti mak Nampak semua itu kan..kan..
Mak tahu tak…
Pagi tu balik dari hospital jam, 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar. Adik kat sebelah diam melayan perasaan. Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini. Jalan di depan terasa makin kelam. Airmata dah tak mampu di tahan, masa itu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela. Namun, Alhamdulillah akhirnya kiter smpai juga. Disebabkan pagi masih awal, jadi jalan itu lenggang, kosong. Sekosong hati ini. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya. Terasa syahdu dan sayu……dingin
Mak..
Kiter masih ingat lagi kiter baca al-quran kat tepi mak temankan mak. Jam 11.00 pagi, mak d mandikan. Anak-anak mak yang dipangku masa mak mandi. Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak. Kiter gosok kaki mak perlahan-lahan. Mak perasan tak? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter. Dia kata, “dikk..jangan buat gitu, jangan nangis ya” bila makcik tu kata gitu, lagi laa laju air mata ini tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.
Mak..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis. Kiter naangis ni, takpa la. Nanti kita selesai sembahyang subuh, kiter baca yassin untuk mak. Mak tunggu ya!! Mak… mak, sebelum muka mak ditutup buat selama-lamanya..semua anak-anak mak mengelilingi mak. Menatap wajah mak buat kali terakhir. Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja. Mak rasa tak, masa tu kiter sentuh dahi mak. Kiter rasa sejuk sangat dahi mak. Kiter tak mampu nk cium mak. Kita tak daya. Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar. Airmata kiter tak boleh tahan. Mak mesti ingat kn yang anak mak ini jadi imam solat jenazah untuk mak. Tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak. Jam 12 tengahari, mak diusung keluar dari rumah. Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik. Badan akak terasa panas. Mak, anak mak yang sorang tu demam..
Mak tahu tak,
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan. Mak, hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi. Begitu terasa kehilangan mak. Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata. Dan sampai satu tahap, masa tu malam jumaat selepas maghrib, selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. Entah kenapa bila kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi.. semakin kita tenung terasa semakin sayu. Tangisan tak dapat dibendung. Mak tau, kiter cuba bertahan. Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda. Kita rasa nak telefon mak nak cakap ngan mak. Anak mak yang ni dah tak betulkan?? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampung. Kiter cakap dengan kakak kiter nangis lagi. Puasla kakak memujuk kiter. Akak kata, tak baik la nangis aje..doa lah untuk mak. Dan akhirnya akak juga nangis.
Mak tahu tak.
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati, rasa nyilu sangat. Menusuk-menusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni. Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma. Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan. Mak, cukuplah smpai sini dulu.



 arelif_monteiro
http://arefila.blogspot.com



Monday, September 12, 2011

saya sayang awak,,,

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Monday, September 5, 2011

:. bermula kembali,,,

:. salam lebaran semua pemblog2 di M'sia,,,a'a (name bru aq),,dh lme rasenye a'a menghlgkan diri dri menulis blog,,,actually, a'a bkan xnk menulis tp a'a xthu nk tulis pe,,tp a'a akan cube mengaktivkn diri a'a dalam dunia blog nie,,,,huk2

dikesempatan hari lebaran nie, a'a nk ucpkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin,,,(wajah sedih ni),,korang xnk ngs ker???sob3,,pengalaman raya ea,,,nk cite mcmne ek???ok2,,a'a akn cite,,,,la,jgn la tidow lg,,,a'a blom cite lg,,,1st day raya,a'a smbut raya kt Kedah,,,dok umah sahabat abah a'a,,,

kang a'a smbung lg ea,,,,he3,,,


:. areliff monteiro.: