klik jer!!!

Thursday, January 12, 2012

surat yang bakal diberikan kepada familyku,,

entery waktu ni,,,aku nk bg surat nie kt family aku,, berharap pe yang aku ingikan akan menjadi knyataan,,,amin...


SURAT UNTUK ABAH DAN IBU


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada abah yang ku kasihi dan ibu yang ku cintai,,, Apa khabar dgn keluarga di kampung?  Semoga hendaknya dlm keadaan sihat & mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along  pun tak berapa jelas mengapa Along  nak tulis surat ni kpd abah dan ibu. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar Along tulis surat utk abah dan ibu. Selalunya kalau ada apa2 pun, Along selalu telefon saja berbanding utk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yg Along tak boleh nak cakap melalui telefon lebih suka utk membincangkannya dlm bentuk surat.

Dipendekkan cerita, Along  sebenarnya utk meminta redha dr abah dan ibu utk bernikah. Mungkin abah dan ibu terkejut apabila Along cakap macam nie.Along bercadang utk bernikah dlm tempoh kurang dari satu tahun dr sekarang. Adam nak nikah nie bukan krn nafsu semata2 tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian drpd agama. Selain itu, dgn nikah, Along akan lebih terpelihara drpd melakukan sebarang maksiat kpd ALLAH.

Along bukan terburu2 utk bernikah, tapi Along nak abah dan ibu  boleh faham konsep nikah yg sebenarnya di dlm Islam. Islam menganjurkan nikah adalah utk mengurangkan berlakunya maksiat di dlm masyarakat seperti zina.

Mengikut kajian yg dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yg cemerlang adalah terdiri drpd mereka yg telah berkahwin. Ini krn pasangan yg telah berkahwin merasakan mereka ada tanggungjawab yg harus mereka pikul & akhirnya mereka bersungguh2 dlm pelajaran utk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yg bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti Along, ramai pelajar yg ‘bercouple’ & mereka boleh belajar seperti biasa. Kan elok, kalau ibu bapa mereka membenarkan mereka bernikah & mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yg ini adalah yg disuruh dlm Islam. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kpd benda baik atau buruk.

Mengenai calon, Along sudah ade pilihan hati Along. Lagipun abah dan ibu pasti mngenali siapakah gadis yang dah bertahta kt ati Along.. hal ini kerana Along lebih suka calon tu Along yg pilih sendiri. Along nk hidup dengan insan yang mampu menjaga Along dn menyayangi Along sebagaimana abah dan ibu menyayangi Along.

Abah dan ibu mungkin akan bertanya bagaimana pulak Along akan memberikan nafkah zahir & batin kpd isteri yg Along nikahi nanti. Seperti yg Along katakan awal2 tadi, Along nak nikah bukan krn nafsu semata2. Dlm tempoh Along belajar & perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka Along  akan pastikan yang terbaik.

Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki & perempuan yg dulunya terbatas kini telah tiada. 
 Kalau Along telefon dia, Along dapat pahala, 
 Kalau Along rindu kat dia, Along dapat pahala, 
 Kalau Along bagi hadiah kat dia, Along dapat pahala, 

jadi, Along nak tanya pd ayah & bonda, adakah abah dan ibu sanggup utk mengikut Sunnah Rasul yg tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan Along masih belajar & juga dia masih belajar, maka Along akan berbincang dgnnya utk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib Along bagi sebagai suami walaupun dlm jumlah sedikit. 

Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju utk menerima RM50 sebulan, maka Along akan bagi dia sesuai dgn kehendaknya. Lagipun, utk sementara waktu ini, biarlah abah dan ibunya menanggung makan, minum & pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami.

Tapi tak salah kalau ibu bapanya sanggup utk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah & berumah tangga). Macam sekarang nilah, kalau nenek bagi ibu baju sebagai hadiah, takkan ibu tak terima & bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Ibu  akan terima juga. Betul x ibu?

Kalau nenek menjamu ibu dgn makanan, ibu jangan tak makan krn dgn alasan yg patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yg penting, isteri mesti redha dgn apa yg diberi oleh suami. Kalau abah dan ibu masih kurang jelas, bolehlah bertanya kpd ustaz mengenai masalah ini. Abah dan ibu  jgn risau, sebelum Along nak nikah, Along akan jelaskan hal ini kpd bakal isteri Along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak Along  tangguh dulu. Apa2pun, Along  tegaskan sekali lagi, Along  nikah ni bukan krn nafsu semata2, tapi adalah utk memelihara seluruh anggota zahir & batin ini dr terjebak ke perkara yang teruk.

Along tengok semua kawan – kawan Along nikah awal dlm umur 22 tahun.  Along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu Along tua nanti, Along  tak risau sebab waktu tu anak2 dah besar & mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak2 Along nanti baru masuk darjah satu, ada yg ambik PMR atau SPM & perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mahu tak mahu, dah tua2 kena kerja juga banting tulang nak sara anak² yg masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kpd ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal & maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yg muda pun mati). 

Along  juga harap, anak2 Along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih drpd datuk & neneknya sebelum abah dan ibu meninggalkan dunia yg fana ini.

Diharap abah dan ibu tak terkejut dgn kehadiran surat ini. Along nak abah dan ibu terima surat sebagai satu surat biasa yg tak perlu utk dijadikan isu keluarga yg besar. Sebab bagi Along, kalau Along  membicarakan masalah ni, ia adalah satu yg normal sebab Along  pun seorang lelaki yg akhirnya akan bernikah jua.

Diharap abah dan ibu dapat membaca surat dgn ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana² pihak. Along tidak memaksa abah dan ibu  utk menyetujui 100% apa yg Along  katakan ini, tapi jika ada kebenaran dlm hakikat, apa salahnya utk kita menerimanya dgn hati yg lapang & fikiran yg terbuka.

Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu utk minta izin kalau nak nikah tapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dlm kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dgn keredhaan abah dan ibu. Berbanding dgn perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dlm pernikahan nanti.

Akhir kata, doakan  Along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia & di akhirat. Kirim salam dgn semua ahli keluarga. Along berharap selepas ibu membaca surat ini, ibu jangan fikir yang bukan2. Along tulis surat ini kerana along benar2 ingin bernikah. Along berjanji xkan melupakan tanggungjawab Along pada keluarga kita. along akui itu semua.

Assalamualaikum,anakmu

Along,
( Mohammad aliff)



areaiy8990

5 comments:

  1. alif monteiro.... masa akan merubah segala

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. -Tahniah. Moga dimudahkan urusan. ;)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah moga Allah mempermudahkan segala urusan nyeer.. lau ade majlis jgnlah lupe jemput kengkawan ni hah hhhuhuhhuh

    ReplyDelete